MINGGU KEDUA PEMBELAJARAN
menerangkan kepada kami tentang kerajaan-
kerajaan baru yang terbentuk selepas kerajaan MELAKA jatuh.
ANTARA KERAJAAN BARU YANG TERBENTUK:
(1).KERAJAAN JOHOR
(2)KERAJAAN PERAK
(3)KERAJAAN PAHANG
(4)KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
(5)KERAJAAN SELANGOR
(6)KERAJAAN TERENGGANU
(7)KERAJAAN KEDAH
(8)KERAJAAN KELANTAN
Miss hana menerangkan bahawa kelapan-lapan kerajaan yang terbentuk semuanya berasal dari kerajaan Melayu Melaka.SULTAN MAHMUD SYAH bersama orang-orangnya melarikan diri ke JOHOR untuk berlindung apabila diserang portugis.Beliau berkahwin dengan dua orang isterinya iaitu,PUTERI ONANG KENING dan RAJA FATIMAH. Lalu, dikurniakan seorang anak setiap isteri iaitu SULTAN MUZAFFAR SYAH & RAJA ALI@SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH.SULTAN MUZAFFAR SYAH dihantar ke PERAK untuk memerintah di sana manakala RAJA ALI kekal memerintah di JOHOR.Dengan menghantar SULTAN MUZAFFAR SYAH ke PERAK, JOHOR dapat meluaskan lagi kuasa pemerintahannya.
Seterusnya,kami ditunjukkan peta perjalanan Kerajaan Melayu Melaka melarikan diri ke Johor yang bermula dari Pulau Pinang sehinggalah ke Kota Batu.Kalau dilihat di peta,Kerajaan Melayu Melaka banyak membina kerajaannya di pinggir sungai.Hal ini kerana,mereka masih ingin meneruskan lagi aktiviti perdagangan mereka.

Seterusnya,miss hana menerangkan kepada kami tentang negeri kedua iaitu,negeri PERAK.Negeri perak terbentuk apabila RAJA MUZZAFAR telah disingkirkan daripada menjadi sultan JOHOR oleh RAJA ALI.Beliau ditabal menjadi sultan perak yang pertama dengan diberi gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH 1.Kedudukan RAJA MUZAFFAR di JOHOR ditarik oleh ayahndanya sendiri iaitu SULTAN MAHMUD yanag menjadika adiknya RAJA ALI sebagai raja JOHOR yang baru.Kerana rasa berkecil hati,RAJA MUZAFFAR membawa dirinya ke PERAK dan ditabal menjadi SULTAN PERAK yang pertama.
Negeri seterusnya yang kami diperkenalkan ialah ,negeri PAHANG.Negeri PAHANG terbentuk apabila SULTAN MANSUR SYAH menghantar anaknya RAJA MUHAMMAD ke PAHANG sebagai hukuman kerana membunuh TUN BESAR iaitu anak kepada TUN PERAK yang merupakan BENDAHARA MELAKA.Pembunuhan terjadi apabila bola sepak raga yang disepak TUN BESAR terkena dastar RAJA MUHAMMAD yang ketika itu sedang menaiki kuda berhampiran kawasan TUN BESAR bermain.SULTAN MANSUR SYAH takut anaknya pula dibunuh oleh TUN PERAK,Baginda menghantar anaknya RAJA MUHAMMAD ke PAHANG.RAJA MUHAMMAD tidak dibenarkan pulang ke JOHOR selama-lamanya .RAJA MUHAMMAD ditabalkan menjadi sultan PAHANG yang pertama.Asal-usul nama nama PAHANG diambil dari perkataan 'pam','pan','paam','phaan',dan 'pan-hang.
Negeri terakhir yang diperkenalkan kepada kami ialah Negeri sembilan,Negeri Sembilan istimewa kerana,mereka sendiri yang melantik SULTAN daripada minangkabau supaya tidak bergaduh sesama mereka sendiri.Mereka masih mengekalkan ADAT PEPATIH yang masih diguna pakai sehingga hari ini.Semua keputusan yang dibuat oleh SULTAN bergantung daripada persetujuan 4 KETUA SUKU iaitu YAMTUAN BESAR.Pembesar-pembesar negeri sembilan sebulat suara menjemput anak raja dari minangkabau yang bernama RAJA MELEWAR.
DISEDIAKAN OLEH:MUHAMMAD FAREEZ BIN MAHIRAN
NO.MATRIKS :30DIB19F1012
Kedudukan negeri JOHOR yang strategik dikelilingi oleh sungai menyebabkan negeri johor pula menjadi tempat tumpuan untuk perdagangan.Sungai JOHOR yang terletak paling selatan menjadikan ia tempat berdagang yang selamat kerana terlindung dari angin kencang disebabkan oleh pertembungan angin monsun.Seterusnya,kelebaran sungainnya yang luas menyebabkan kapal pedagang mampu dimudik jauh dan dapat menerokai dengan lebih dalam lagi.
Negeri seterusnya yang kami diperkenalkan ialah ,negeri PAHANG.Negeri PAHANG terbentuk apabila SULTAN MANSUR SYAH menghantar anaknya RAJA MUHAMMAD ke PAHANG sebagai hukuman kerana membunuh TUN BESAR iaitu anak kepada TUN PERAK yang merupakan BENDAHARA MELAKA.Pembunuhan terjadi apabila bola sepak raga yang disepak TUN BESAR terkena dastar RAJA MUHAMMAD yang ketika itu sedang menaiki kuda berhampiran kawasan TUN BESAR bermain.SULTAN MANSUR SYAH takut anaknya pula dibunuh oleh TUN PERAK,Baginda menghantar anaknya RAJA MUHAMMAD ke PAHANG.RAJA MUHAMMAD tidak dibenarkan pulang ke JOHOR selama-lamanya .RAJA MUHAMMAD ditabalkan menjadi sultan PAHANG yang pertama.Asal-usul nama nama PAHANG diambil dari perkataan 'pam','pan','paam','phaan',dan 'pan-hang.
DISEDIAKAN OLEH:MUHAMMAD FAREEZ BIN MAHIRAN
NO.MATRIKS :30DIB19F1012
No comments:
Post a Comment