Thursday, 29 August 2019

Minggu ke-7


MINGGU KE-7




Miss Hana menerangkan pembelajaran seterusnya menggunakan tayangan video tentang Bapa Pembangunan Negara iaitu Tun Haji Abdul Razak bin Dato' HUssein yang merupakan perdana menteri kedua Malaysia.Video ini juga mengisahkan tentang peristiwa 13 MEI 1969 yang berlaku disebabkan oleh tipu daya komunis yang ingin menakluki Malaysia dan memecah-belahkan perpaduan rakyat.Peristiwa 13 MEI ini berlaku dalam kalangan Melayu dan Cina.




Miss Hana menerangkan pada masa itu Selangor terbahagi kepada dua iaitu sama ada diperintah oleh kerajaan parti perikatan gabungan UMNO dan MCA atau pembangkang iaitu  GERAKAN dan DAP yang kebanyakannya orang cina,kerana bila mana GERAKAN menang mereka ingin menghalau melayu dari Selangor.Selangor diketuai oleh Dato'HARUN, ketua UMNO kawasan Selangor berusaha dapatkan GERAKAN  menjadi ahli Parti Perikatan supaya Selangor dapat bertuankan Parti Perikatan



Miss Hana juga ada menyatakan bahawa Dr Mahathir ingin Tunku meletakkan jawatan karana merasakan bahawa Tunku tidak dapat satukan padukan rakyat Malaysia.Kerana itu juga Dr. Mahathir telah  dibuang  daripada Parti pada 1969,tetapi diterima semula dan bertanding pada 1973.Manakala wartawan pula,telah dikurung dan tidak dibenarkan membuat liputan kerana dikhuatiri akan menambah-nambah cerita yang tidak betul.jadi,kerajaan berusaha mengawal berita yang keluar agar rakyat tidak berada dalam ketakutan.Berita tersebut juga menyebabkan keluar berita palsu seperti laporan asing mengatakan ada 2000 kematian sedangkan hanya ada 184 kematian sahaja.Inin berlaku kerana ingin menunjukkan sistem pentadbiran di Malaysia lemah dan negara luar sedaya upaya ingin buktikan negara kita dalam keadaan tidak stabil.


Komunis kebanyakkannya menembak anggota polis kerana ingin melemahkan negara.Pada waktu itu jugaTun dikatakan sedang bercuti di London kerana rakyat tidak tahu bahawa Tun sedang menghidap pe nyakit Leukimia.Petronas ditubuhkan untuk uruskan perdagangan minyak negara,yang mana pelaburannya akan digunakan untuk bangunkan negara.
  • Akhir sekali,kesedihan yang berlaku dalam video tersebut ialah Tun Abdul Razak meninggal dunia akibat penyakit leukimia yang sangat kritikal dan beliau meninggal di sebuah klinik di London.Berita ini sangat menyedihkan kerana Tun seorang yang sangat baik terhadap rakyatnya.Yang paling menyedihkan Dato' Mohd Najib pada ketika itu tidak sempat bertemu ayahnya untuk kali terakhir.
  • Perancangan Tun ingin menyatupadukan rakyat Cina dengan hubungan diplomatik dengan negara China.Malaysia adalah negara pertama yang mulakan hubungan untuk import dan eksport barang dengan China yang mana China menukar dasar kepada dasar yang lebih terbuka.




NAMA: SYIRAIN NADHIRAH BINTI SHAHRUDDIN
NO.METRIK:30DIB19F1002

No comments:

Post a Comment