Tuesday, 23 July 2019

MINGGU KE-4 (MINGGU KUIZ)


Kami mengulangkaji pengajian Malaysia sebelum kuiz bermula.Miss Hana memulakan pengajarannya dengan menguji minda kami di 'Quizlet' yang soalannya berkenaan dengan topik 1.












Tanpa membuang masa,Miss Hana menerangkan tentang topik 2 yang bertajuk 'Perlembagaan Malaysia'.Perlembagaan ini diterangkan sebagai undang-undang yang tertinggi.





 
Miss Hana menerangkan tentang sejarah pembentukan perlembagaan iaitu pengenalan Malayan Union,perjanjian Persekutuan ,Penubuhan Suruhanjaya REID, Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasakan adalah proses pembentukan perlembagaan yang terakhir.



Perlembagaan bermaksud dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan dan undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan atau panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.



Miss Hana juga ada menerangkan tentang prinsip jus soli yang termaktub dalam perlembagaan.Hak keistimewaan juga  orang melayu terjamin





DISEDIAKAN OLEH:SYIRAIN NADHIRAH BINTI SHAHRUDDIN
NO.METRIK:30DIB19F1002

Friday, 19 July 2019

MINGGU-3

 
                        PEMBELAJARAN BERSAMA CIK HANA MELALUI VIDEO
 
                                                  " The Malayan Emergency"




Darurat Malayan Emergency Malayan (1948-60) merupakan salah satu daripada beberapa operasi kontra-pemberontakan yang berjaya yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat semasa Perang Dingin.
Ia menyaksikan pasukan British dan Komanwel mengalahkan pemberontakan komunis di Tanah
Melayu.Perang Pembebasan Kebangsaan Pada bulan Jun 1948 keadaan kecemasan telah diisytiharkan di koloni British Malaya (sekarang Malaysia). Tentera Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLA) - sayap bersenjata Parti Komunis Malaya (MCP) - mula menyerang ladang getah, lombong dan balai polis, menggulingkan kereta api dan membakar rumah pekerja. Pemberontakan itu digambarkan sebagai 'kecemasan' kerana penanggung insurans tidak akan memberi pampasan kepada pemilik ladang dan pemilik tambang sekiranya ia telah dilabel sebagai 'perang'.Pisau dan ikat pinggang yang digunakan oleh pasukan komunis di Tanah Melayu, 1955 Komunis MNLA adalah berasaskan hutan dan disokong oleh penduduk China yang miskin. Walaupun banyak orang Cina tinggal di bandar-bandar, yang lain - yang dikenali sebagai 'squatters' - tinggal di pinggir hutan dan dapat membantu gerila. MNLA dan penyokongnya memanggil kempen Perang Pembebasan Kebangsaan Anti-British.Reaksi British awal terhadap krisis adalah untuk memperkenalkan undang-undang kecemasan, membenarkan suspek ditahan tanpa perbicaraan. Kekangan dan sekatan pergerakan juga dikenakan.Garis tentera asal Malaya terdiri daripada enam Gurkha, tiga British dan dua batalion Melayu. Reinforcements dihantar dari Ogos 1948 dan seterusnya. Kebanyakan askar-askar British ini telah diperakui oleh Anggota Perkhidmatan Negara.BersalahTentera yang baru tiba mendirikan jawatan berhampiran kampung dan kemudian menghantar rondaan. Para gerila mempunyai manfaat pengetahuan tempatan, sementara Tentara British dihalang oleh kurangnya kecerdasan yang baik.Pihak berkuasa dapat menghalang gerila dari mengganggu ekonomi, mengatasi bandar atau menguasai wilayah. Tetapi mereka tidak dapat menghentikan sepenuhnya aktiviti mereka.














Disediakan oleh
NUR SYAKIRAH
30DIB19F1029

Monday, 15 July 2019

LATAR BELAKANG NEGERI KEDAH




                                   

                                      PENGENALAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

                                                          DISEDIAKAN OLEH
                                                          1)   NUR SYAKIRAH
                                                                30DIB19F1029
                                                          2)  SYIRAIN NADHIRAH
                                                                30DIB19F1002
                                                          3) MUHAMMAD FAREEZ BIN MAHIRAN
                                                                3ODIB19F1012
                                                       

LATAR BELAKANG NEGERI TERENGGANU

PENGENALAN NEGERI TERENGGANU


Tuesday, 9 July 2019

MINGGU-2

MINGGU KEDUA PEMBELAJARAN


Pada minggu kedua pembelajaran,Miss Hana 
menerangkan kepada kami tentang kerajaan-
kerajaan baru yang terbentuk selepas kerajaan MELAKA jatuh.

ANTARA KERAJAAN BARU YANG TERBENTUK:

(1).KERAJAAN JOHOR
(2)KERAJAAN PERAK
(3)KERAJAAN PAHANG 
(4)KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
(5)KERAJAAN SELANGOR
(6)KERAJAAN TERENGGANU
(7)KERAJAAN KEDAH 
(8)KERAJAAN KELANTAN

Miss hana menerangkan bahawa kelapan-lapan kerajaan yang terbentuk semuanya berasal dari kerajaan Melayu Melaka.SULTAN MAHMUD SYAH bersama orang-orangnya melarikan diri ke JOHOR untuk berlindung apabila diserang portugis.Beliau berkahwin dengan dua orang isterinya iaitu,PUTERI ONANG KENING dan RAJA FATIMAH. Lalu, dikurniakan seorang anak setiap isteri iaitu SULTAN MUZAFFAR SYAH & RAJA ALI@SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH.SULTAN MUZAFFAR SYAH dihantar ke PERAK untuk memerintah di sana manakala RAJA ALI kekal memerintah di JOHOR.Dengan menghantar SULTAN MUZAFFAR SYAH ke PERAK, JOHOR dapat meluaskan lagi kuasa pemerintahannya.

Seterusnya,kami ditunjukkan peta perjalanan Kerajaan Melayu Melaka melarikan diri ke Johor yang bermula dari Pulau Pinang sehinggalah ke Kota Batu.Kalau dilihat di peta,Kerajaan Melayu Melaka banyak membina kerajaannya di pinggir sungai.Hal ini kerana,mereka masih ingin meneruskan lagi aktiviti perdagangan mereka.










Kedudukan negeri JOHOR yang strategik dikelilingi oleh sungai menyebabkan negeri johor pula menjadi tempat tumpuan untuk perdagangan.Sungai JOHOR yang terletak paling selatan menjadikan ia tempat berdagang yang  selamat kerana terlindung dari angin kencang disebabkan oleh pertembungan angin monsun.Seterusnya,kelebaran sungainnya yang luas menyebabkan kapal pedagang mampu dimudik  jauh dan dapat menerokai dengan lebih dalam lagi.






Seterusnya,miss hana menerangkan kepada kami  tentang negeri kedua iaitu,negeri PERAK.Negeri perak terbentuk apabila RAJA MUZZAFAR telah disingkirkan daripada menjadi sultan JOHOR oleh RAJA ALI.Beliau ditabal menjadi sultan perak yang pertama dengan diberi gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH 1.Kedudukan RAJA MUZAFFAR di JOHOR ditarik oleh ayahndanya sendiri iaitu SULTAN MAHMUD yanag menjadika  adiknya  RAJA ALI sebagai raja JOHOR yang baru.Kerana rasa berkecil hati,RAJA MUZAFFAR membawa dirinya ke PERAK dan ditabal menjadi SULTAN PERAK yang pertama.



Negeri seterusnya yang kami diperkenalkan ialah ,negeri PAHANG.Negeri PAHANG terbentuk apabila SULTAN MANSUR SYAH menghantar anaknya RAJA MUHAMMAD ke PAHANG sebagai hukuman kerana membunuh TUN BESAR iaitu anak kepada TUN PERAK yang merupakan BENDAHARA MELAKA.Pembunuhan terjadi apabila bola sepak raga yang disepak TUN BESAR terkena dastar RAJA MUHAMMAD yang ketika itu sedang menaiki kuda berhampiran kawasan TUN BESAR bermain.SULTAN MANSUR SYAH takut anaknya pula dibunuh oleh TUN PERAK,Baginda menghantar anaknya RAJA MUHAMMAD ke PAHANG.RAJA MUHAMMAD tidak dibenarkan pulang ke JOHOR selama-lamanya .RAJA MUHAMMAD ditabalkan menjadi sultan PAHANG yang pertama.Asal-usul nama nama PAHANG diambil dari perkataan 'pam','pan','paam','phaan',dan 'pan-hang.





Negeri terakhir yang diperkenalkan kepada kami ialah Negeri sembilan,Negeri Sembilan istimewa kerana,mereka sendiri yang melantik SULTAN daripada minangkabau supaya tidak bergaduh sesama mereka sendiri.Mereka masih mengekalkan ADAT PEPATIH yang masih diguna pakai sehingga hari ini.Semua keputusan yang dibuat oleh SULTAN bergantung daripada persetujuan 4 KETUA SUKU iaitu YAMTUAN BESAR.Pembesar-pembesar negeri sembilan sebulat suara menjemput anak raja dari minangkabau yang bernama RAJA MELEWAR.








                                   DISEDIAKAN OLEH:MUHAMMAD FAREEZ BIN MAHIRAN
                                   NO.MATRIKS             :30DIB19F1012






NNMB dan NNMTB



NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU(NNMB)

  • Negeri-negeri Melayu bersekutu merupakan gebungan 4 buah negeri di Tananh Melayu iaitu Perak,Negeri Sembilan,Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu pentadbiran berpusat.
  •  Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.
  • NNMB diketuai oleh seorang Residen Janeral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur
  • Residen Janeral bertanggungjawab menasihati raja-raja Melayu dalam hal ehwal pentadbiran, kecuali agama dengan adat istiadat
  • Kuasa pentadbiran dibahagikan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
  • Durbar ditubuhkan untuk membincangkan tentang kepentingan NNMB.

FAKTOR PENUBUHAN NNMB

  1. MASALAH KEWANGAN DI PAHANG
  • Berlaku berikutan penentangan pemimpin-pemimpin tempatan di Pahang yang menyebabkan banyak kerosakan 
  • Usaha untuk membanteras menelan kos yang benyak
  • Melaalui penyatuan,negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Perak dan Selangor dapat beantu Pahang selesaikan masalah kewangan.    
    2. KELEMAHAN SISTEM RESIDEN
  • Setiap negeri ada Residen masing-masing.
  • Residen tadbir hal ehwal pertanian,perlombongan,dan sistem cukai
  • Mereka tiada pendedahan untuk jalankan pentadbiran yang seragam
  • Gabungan ini dipercayai dapat kawal kuasa residen yang semakin mengatasi kuasa Gabenor British yang berpusat di Singapura
    3. MENGURANGKAN BELANJA UNTUK MENTADBIR PENTADBIRAN
  • Sistem pemerintahan berasingan akan menelan belanja yang besar.
  • Gabungan juga dapat menyelaraskan sistem pentadbiran yang sebelum ini mengikut sistem Residen masing-masing.
  • Dapat memperbaik sistem perhubungan antara negeri terbabit.
KESAN
  • British tubuhkan beberapa jabatan seperti jabatan kerja raya,kewangan dan keadilan yang menyebabkan kemasuakan pegawai British dengan lebih ramai.
  • Tumpuan kuasa beralih kepada Residen Jeneral
  • Menarik minat dan kedatangan pelabur-pelabur asing ke Tanah Melayu.
  • Kemasukan India dan Cina membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu
  • Sistem pentadbiran NNMB menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan raja.
  • Durbar diakan sebanyak 2 kali:kali pertama di Kuala Kangsar 1897dan kali ke-2 di Kuala Lumpur 1903.



NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU(NNMTB)



  • Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri daripada  buah negeri iaitu Perlis,Kedah, Kelantan,Terengganu, dan Johor.
  • Raja Melayu di NNMTB ada kuasa lebih besar kerana Penasihat British tidak seluas kuasa Residen  di NNMB.
  • NNMB dengan NNMTB menjalankan pentadbiran berasingan sehingga Perang Dunia Kedua meletus.
  • British gagal gabungkan NNMB dengan NNMTB kerana tantangan hebat dari Raja-RAaja Melayu di NNMB.
  • Rancangan agihan kuasa pusat dikemukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

FAKTOR
  • Sultan di NNMB tidak puas hati dengan pemusatan  kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi
  • Sultan hilang kuasa
  • Sultan tidak puas hati apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan Tinggi 1909 tidak berkan mereka kuasa pemutus dan mesyuarat boleh di jalankan tanpa kehadiran mereka.
  • Pihak British ingin satukan negeri-negeri Melayu keseluruhannya 
  • British nak kurangkan  perbelanjaan pentadbiran
  • Wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi dalam hal pentadbiran.





           DISEDIAKAN OLEH:SYIRAIN NADHIRAH SHAHRUDDIN

                      NO.METRIK:30DIB19F1002

LATAR BELAKANG NEGERI SELANGOR

             
                            PENGENALAN TENTANG SELANGOR DARUL EHSAN



      

                                                                      


                                                                       Disediakan oleh
                                                                     NUR SYAKIRAH
                                                                      30DIB19F1029


                                       

Friday, 5 July 2019

MINGGU-1




MINGGU PERTAMA DALAM PENGAJIAN MALAYSIA








Miss Hana memperkenalkan kepada kami satu kelas tentang 
cara buat wordpress dan blog.Kami tak pernah didedahkan tentang cara membina blog,menyebabkan kami sangat terpinga-pinga dan tidak faham dengan kaedah pembelajaran seperti ini.











Miss Hana sedaya upaya menerangkan tentang cara 
membuat blog dengan lebih detail dengan menunjukkan 
contoh blog daripada senior semesta
lalu.  












Miss Hana telah memperkenalkan kaedah pembelajaran 
terbaru iaitu dengan bermain game yang diberi nama  
QuizletLive iaitu bermain secara berkumpulan dan kami 
perlu menjawab tentang soalan tentang 'Latar Belakang Sejarah Awal Negara'.




























Miss Hana memulakan pengajaran  tentang 'Latar Belakang Sejarah Awal Negara' setelah permainan yang menyeronokkan tadi.Kami juga  sedaya upaya mengembalikan  ingatan tentang sejarah sewaktu kami tingkatan 1.Miss Hana juga menerangkan tentang kegemilangan dan kejatuhan Melaka .Kegemilangan karajaan Melaka disebabkan oleh lokasinya yang strategik dan sistem pentadbiran yang sistematik.Manakala,kejatuhan Melaka disebabkan oleh pentadbiran kerajaan yang kurang bijaksana jika ingin dibandingkan dengan Tun Perak.Perpecahan juga berlaku dikalangan        
 rakyat .Akan tetapi,kejatuhan Melaka menyebabkan negara dapat dibentuk dan negara berjaya mencapai kemerdekaan.




DISEDIAKAN OLEH:SYIRAIN NADHIRAH SHAHRUDDIN
30DIB19F1002

PENGENALAN NAMA KUMPULAN



PENGENALAN KUMPULAN
 HAMBA ALLAH



Dalam surah Al-hasyr,ayat 18,Allah menegaskan dalam Firman-Nya yang bermaksud "Wahai orang yang orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya)dan hendaklah tiap-tiap diri melihat apa yang telah disediakan disediakan (Akhirat) dan bertakwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan"



                                                                                                                                                          Dalam ayat ini menjelaskan setiap umat Islam perlu menjadi insan yang bertakwa.Kami memilih nama 'Hamba Allah' sebagai bukti pengabdian diri kami kepada Sang Pencipta Langit dan Bumi.Kumpulan kami ini terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan dimana kami sukar mendapat kata sepakat.Maka dari itu,terhasillah kumpulan bernama 'Hamba Allah' dan kami sedari bahawa setiap hamba ada kelemahannya yang tersendiri dan jauh dari kata sempurna.Kami juga yakin bahawa setiap ciptaan Allah adalah sebaik-baik kejadian.



Disediakan oleh:SYIRAIN NADHIRAH  SHAHRUDDIN
NO. METRIK:30DIB19F1002

Wednesday, 3 July 2019

PENGENALAN AHLI

                 

                  LATAR BELAKANG AHLI HAMBA ALLAH

         





 NAMA PELAJAR: MUHAMAD FAREEZ BIN MAHIRAN
NAMA SAMARAN:BABY
TARIKH LAHIR:7/12/2001
TEMPAT LAHIR:KANGKAR PULAI JOHOR
FOLLOW IG:Frz.mhrn
NO MATRIKS:30DIB19FI012
 " Benda boleh pass,buat apa nak repeat"




NAMA PELAJAR:NUR SYAKIRAH BINTI MOMAHAD ZAINI
NAMA SAMARAN:CIKKOPI
TARIKH LAHIR:20/09/2001
TEMPAT LAHIR:JASIN,MELAKA
FOLLOW IG:_nsykz
NO MATRIKS:30DIB19FI029
"Surround yourself with people who believe your dream"




NAMA PELAJAR:SYIRAIN NADHIRAH BINTI SHAHRUDDIN
NAMA SAMARAN:NADHIRAH
TARIKH LAHIR:16/8/2001
TEMPAT LAHIR:KOTA TINGGIJOHOR
FOLLOW IG:clumsygirl_cool
NO MATRIKS:30DIB19F1002
"Positve mind,positive vibes and positive life cause everyday is second chance"




Disediakan oleh
NUR SYAKIRAH
30DIB19F1029